Monday 27 June 2016 • 22:46 • 0 comments
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM dan salam Ramadhan.Setiap hari kita
melalui pelbagai jenis perasaan yang tak dapat terhitung.ALHAMDULILLAH,kita
sudah hampir dengan Ramadhan yang bakal meninggalkan kita.Sebenarnya diri ini
berasa agak sedih sebab tahun ini selama sebulan Ramadhan saya dapat berpuasa
dengan keluarga dan cuba menceburkan diri dalam pelbagai hal.Namun,masih
berpeluang untuk meluangkan sedikit masa dengan GenQ.Berjuta terima kasih
kepada Ustaz Umar Muhammad Noor yang memberikan kebenaran kepada saya untuk
menceritakan balik kisah ini didalam blog saya. Alhamdulillah.
Dalam edisi ke 59,saya jatuh cinta dengan tajuk “superstar
syurga” tetapi disebalik tajuk ini Ustaz Umar Muhammad Noor menceritakan kisah
SUPERSTAR NERAKA.Mesti anda semua tertanya, kenapa ?mengapa tajuknya seperti
itu.
Time pertama kali saya nak baca pun saya tertanya juga macam
tu,tapi saya cuba memahami tajuk dan penceritaan yang disampaikan.
NASIR AL-HAITHI
Pada 21 Rabiulawal tahun
726H,hukuman mati ke atas Nasir bin Abu al-Fadl al-Haithi dilaksanakan.Makhamah
membuktikan beliau telah murtad kerana mempersendakan Nabi , al-quran dan
ajaran islam.
Hukuman mati ini disaksikan disaksikan
oleh ramai ulama.Antaranya ialah Ibn Taymiyyah,Ibn Kathir dan lain-lain.Sebelum
hukuman dilaksanakan,Ibn Taymiyyah sempat berucap kepada tertuduh dan mencela
perkara-perkara yang dilakukan oleh beliau.
Dahulu , pada mulanya Nasir
al-haithi adalah pelajar agama yang cemerlang.Beliau terkenal dengan kecerdasan
dan kebijaksanaan yang dimilikinya.Bayangkan sahaja beliau bukan hanya
menghafal al-quran,malah turut menghafal kitab al-Tanbih, sebuah rujukan tebal
mazhab al-syafi.Begitu juga beliau sering memimpin solat dan mengkhatamkan
al-quran dengan suara yang merdu.Bahkan beliau cukup dihormati sehingga diberikan
tempat tinggal khas di madrasah.
Tetapi takdir menentukan
al-haithi mensia-siakan semua pemberian Allah swt ini.Ilmu dan
kecerdesannya tidak bermanfaat
buatnya.Malah merosakkannya pula kerana membela kebatilan dan memperlekehkan
ajaran Ibn Khathir dalam al-Bidayah berkata : “Kematian beliau melambangkan
kekuatan Islam dan kelemahan ahli bidaah.”
SEBAB TERPESONG
Sebab-sebab terpesong ini sangat
banyak.Dalam kes Nasir al-Haithi,punca kesesatan beliau ialah rakan-rakan yang
buruk.Beliau bercampur dengan kalangan fasik dan ahli bidaah seperti al-Najm
bin Khilikan, al-Syams al-Bajiriqi,Ibn Mi’mar al-Baghdadi dan lain-lain.Menurut
Ibn Khathir, tokoh-tokoh yang disebutkan ini terkenal sebagai ateis,zindik dan
suka mempersendakan agama.
Rupanya sejak dahulu lagi
pengaruh rakan sebaya telah menjadi faktor yang merosakkan pelajar.Sesiapa yang
tidak pandai memilih rakan,dirinya akan terdedah kepada kerosakan.
Daripada kisah Nasir al-haithi
ini ,saya dapat rumuskan bahawasanya kita sebgai pelajar atau penganut agama islam
kita haruslah berpegang teguh dengan agama kita.Sekiranya kita dikelilingi oleh
persekitaran non-muslim,kita mestilah pandai menjaga nama baik agama dan yang
paling penting iman didalam hati perlulah teguh agar diri kita tidak mudah
terpesong dengan characteristics yang dibawa oleh sesuatu yang dapat merosakkan
kita.In Sha Allah , mudah mudahan kita diberkati dan dirahmati olehNya.
p/s belajarkan keranaNya.Carilah
ilmu yang benar agar dapat membezakan yang benar dan yang mensia-siakan .
|
MY WORDS; Footstepping
History Credits
Credits more;
Template :N.Afiqah Basecode :Masterly_elmo Tutorial : Afiqah Wana Atiqah Pictures : We Heart It Best View : Google Chrome |